Zaila Hafni

"Jika hati kita tulus berada di dekat orang berilmu, kita akan disinari pancaran pencerahan, karena sesungguhnya kepintaran sangat mudah menjalar." Andrea Hirata


Buah Tangan Ziarah

Pentingkah buah tangan ketika berziarah ke rumah orang?

Kenangan buah tangan yang saya paling ingat hingga kini, saya dan adik bawa seplastik kecil kuih-muih ketika pergi ziarah nenek saudara di kampung.

Masa hulurkan plastik kuih, tiba-tiba sayu pula riak wajahnya. Memang kami sedia maklum nenek saudara yang seorang ini mudah tersentuh jiwa namun kami baru saja tiba, belum bercakap apa-apa. Kenapa pula?

“Hangpa yang muda-muda ni pun boleh bawak kuih sikit mai sini. Anak menantu tok balik tangan kosong saja.”

Sudah. Masuk topik anak menantu ni sensitif. Memang kami tak biar perbualan topik ini berpanjangan.

“Alah tok, kami bawak coq pisang sikit ja ni. Saja teringin nak mai makan kat sini ngan tok.”

Besar sangatkah peranan buah tangan ketika berkunjung ke rumah orang?

Pada saya, ya. Sejak peristiwa itu, saya sebolehnya cuba pastikan untuk bawa apa-apa buah tangan ke rumah sesiapa melainkan ada kekangan.

Bukanlah tuan rumah kebuloq (bak kata orang Utara) atau harap sangat buah tangan kita, tapi secara peribadi pada saya, lebih kepada tanda ingatan dan penghargaan. Selain itu, amat baik untuk membina hubungan baik dan mengekalkan kemesraan.

Tidak kisah buah tangan kecil atau besar, mahal atau murah. Jika diniat baik, insya Allah ada hikmahnya.



Leave a comment

TENTANG SAYA

Seorang editor (penyunting), penterjemah dan penulis bebas.

Berpengalaman bekerja di dua syarikat penerbitan buku pendidikan tempatan sebelum beroperasi sepenuhnya di rumah melalui Hif Editorial Services. Merupakan editor Sains & Teknologi, Biologi dan Kimia sejak 2006.

Turut mengedit karya umum (bukan fiksyen) untuk penerbitan buku dan e-buku. Pernah menghasilkan e-buku Kuasai Asas Suntingan (2018) dan Strategi Lancar Menulis (2019).

Pernah terlibat sebagai penulis dalam empat buah antologi: (1) Projek Lavender Kisah Kanser terbitan Dua Penulis PLT, (2) Rak Buku Ruang Tamu terbitan Dua Penulis PLT, (3) Apa Khabar Hari Ini? terbitan muafakat Sekolah Penulisan Ramadan 2019 dan (4) Anak Keduamu terbitan Rabiadza Ent.

Selain itu, membuat terjemahan artikel, borang kaji selidik, kertas kerja dan laporan.

Terkini, menterjemah sari kata. Pernah terlibat dalam projek menterjemah sari kata filem Indonesia dan siri dokumentari (sari kata Bahasa Inggeris ke Bahasa Malaysia).

Ikuti saya di media sosial Twitter dan Instagram:

Newsletter